Saturday, January 8, 2011

Cardiff City dan KAFA

Assalamualaikum...

Walaupun belum memeterai sebarang perjanjian bertulis yang rasmi namun usaha KAFA menjalinkan hubungan dengan Kelab Divisyen 1 English, Cardiff City boleh dianggap satu usaha yang baik dan boleh memberi satu impak yang besar dalam mutu sukan bolasepak tanah air kita. Dengan wujudnya hubungan ini akan merancakkan lagi plan pembangunan sukan bolasepak tanah air khususnya negeri Kelantan.

Pujian harus diberikan kepada Presiden KAFA, kerana membawa satu lagi perubahan dalam corak pengurusan yang sebelum ini tidak pernah dibuat oleh Presiden terdahulu. Hakikat ini sememangnya perlu diterima oleh semua penyokong dan pemerhati sukan bolasepak negeri Kelantan.

Pada dasarnya, apabila kita melihat perkembangan ini dari sudut yang positif dan hasil dapatannya juga mestilah positif. Namun demikian, peluang ini perlulah disertai dengan pengorbanan, disiplin dan sokongan yang besar daripada semua pihak termasuk Kerajaan Negeri, pegawai, jurulatih, pemain dan penyokong supaya hasilnya akan menjadi positif.

Akhir sekali, tahniah kepada mereka yang berusaha kearah membuat perubahan dan pembaharuan kearah kebaikan dalam pengurusan KAFA sekarang dan diharap usaha ini akan berterusan supaya dapat memberi pulangan yang bermakna untuk semua pihak yang terbabit.

Majulah Sukan Boalsepak Tanah Air selamanya.

Friday, January 7, 2011

Halim Napi Penjaga Gol 4 Kelantan

Assalamualaikum...

Hari ni 7hb Januari 2011, Presiden Kafa mengumumkan bekas penjaga gol kebangsaan dan penjaga gol utama negeri Kelantan Halim Napi sebagai penjaga gol ke 4 musim baru liga super 2011. Pengumuman ini dibuat sempena majlis Memperkenalkan Pemain Kelantan 2011 di KB Mall tengahari tadi.

Saya beranggapan bahawa pengurusan negeri mungkin mencari alternatif untuk menghadapi sebarang kemungkinan kehilangan Khairul Fahmi yang akan menyertai pasukan kebangsaan untuk menghadapi perlawanan kelayakan sukan Olimpik.

Apapun tahniah kepada Halim Napi kerana masih diberi kepercayaan.Buktikan kepercayaan ini dengan memberikan persembahan yang terbaik dan penuh dengan semangat kesukanan. Saya melihat peluang untuk Halim Napi merampas posisi utama tersebut adalah besar. Selain faktor berlaku kecederaan kepada penjaga gol ke 2, pengaruh penyokong akan memberikan Halim Napi sedikit kelebihan sekiranya kesilapan besar yang dilakukan oleh penjaga gol 2 kelak.

Dalam sukan bolasepak, faktor umur bukan menjadi penghalang utama lebih-lebih lagi bagi posisi penjaga gol. Selagi mana mereka sihat, cergas, berupaya dan bersemangat selagi itulah mereka diperlukan. Pengalaman bermain dan sedikit tuah akan memberikan mereka peluang untuk kekal dalam sukan bolasepak tanah air terutamanya negeri Kelantan.

Akhir sekali, dengan pengumuman ini akan memberikan lebih lagi persaingan yang sihat di antara semua penjaga gol yang terbabit serta memberikan banyak pilihan kepada pengurusan negeri.

Majulah Sukan Bolasepak Tanah Air Selamanya.